Monday, 24 December 2012

T.A.J.A.M

angin malam begitu suram
dia bising semua diam
aku salah aku sangat malang
tapi kenape aku tanggung sorang?

duduk jauh hujung benua
hari hari ilmu ditimba
balik balik aku dihina
apa makna ini semua?

hurm =="

#arachester

p/s: spinning gasing

S.E.N.D.I.R.I

shhhhhh
senyap

aku suka suasana senyap
yang sangat sepi
tidak perlu berucap
kerana ingin mendengar denyutan nadi

sekilas pandangan ke langit
aku tahu, aku sedar
aku tak layak menconteng langit

langit dengan lapisannya
setiap lapis ada cerita
tapi tangan aku kotor
rasa bodoh kalau aku menconteng langit itu

jika aku conteng juga
terdapat banyak bunyi jahat di keliling
hey jangan conteng. 
aku dah warnakan dia dengan warna aku
hey jangan sentuh langit itu. 
aku dah corakkan dia
see. seperti langit ni mereka yang punya
bukan aku

maka. diikutkan saja coraknya
sampai kita terleka
bahawa hati kita kosong tanpa warna sendiri
corak sendiri dan cerita sendiri

#arachester

p/s: pergi mati la kau







A.L.A.M

alam itu milik kita
bukan selamanya, hanya sementara saja
bukan 2, bukan 10 malah bukan sejuta
tapi hanya satu yang perlu dijaga

kau bilang alam itu indah
dusta!
hari hari kau ludah
kau buat sampah
lepas tu kau blah

kini dia merajuk
satu satu dia kasi petunjuk
sama seperti kitab untuk dirujuk
yang telah lama kau biarkan berhabuk

kau menangis kau kecewa
kau kata ini semua dusta
kau rasa kau yang tak berdosa
kau nampak kau sorang saja terima bencana

buta ke ape?
ye kau buta
buta hati, buta mata

kau memohon agar alam ini kembali sempurna
tapi kau yang sentiasa menikam alam untuk hidup sempurna

#arachester

p/s: shut the fuck up