Friday, 12 June 2015

K.A.D.A.N.G - K.A.D.A.N.G

Kadang-kadang
Hahaha ya aku suka bermain dengan kadang-kadang.
Kadang² aku rasa senang
Kadang² aku rasa susah
Kadang² aku rasa sedih
Kadang² aku rasa marah
Dan kadang² aku rasa serba salah
Susah nak puaskan hati semua orang
Nak senangkan hati orang
Aku bukan seorang yang selalu ambil serious atas sesuatu perkara yang memang serious
Aku bersahaja.
Asal boleh.
Bagi aku asal aku OKAY
Maka okay lah
Tak perlu banyak bunyi
Then mana pergi semua masalah² yang terkumpul yang aku tak ambil kisah tu?
Masalah tu akan keluar dengan sendiri bila aku bersendirian.
Aku akan menangis sepuas hati
Aku memang peramah
Tapi aku juga seorang pemendam
Aku tak reti cara yang elok untuk bercerita
Aku memang berat mulut untuk bercerita
My self confidence limit is very low
Aku gemuruh
Dalam apa jua keadaan
Aku akan senyap
Orang akan rasa panas and bad thinking kat aku
Aku tahu
Tapi nak buat macam mana
Aku memang macam ni
DEGIL
Jenis aku ni banyak lukakan hati orang dalam sedar dan separa sedar
Cuma
Kalau kau bersedia untuk hidup bersama aku
Bersedia la untuk terima segala karenah aku.
Salam maaf dari aku.
Aku mungkin separa manusia dan separa alien.
Sebab tiada siapa yang faham aku walaupun mereka cuba untuk faham aku.
BYE

Sunday, 22 February 2015

R.I.N.D.U

Rindu
Kalau boleh tak nak balik rumah lansung
Sebab setiap kali balik
Mesti teringat yang arwah mak selalu tengok tv channel masak²
Bangun pagi pulak selalu kena jerit suruh mandikan mak
Kadang² terbayang mak baring kat ruang tamu
Dan tak kira masa jugak kena jerit sebab mak lapar
Dan selalu jugak oder air slurpee
Nasi goreng
Lauk ikan patin
Sebulan sebelum mak pergi
Hari² nak makan ikan patin
Sampai bergaduh sebab hari² kena beli

Tapi tak boleh macam tu
Sebab masih ada ayah
Sekarang ayah lah ayah
Ayah lah emak

Apa² pun ayah la satu²nya harta yang aku ada.

Rindu Mak
-ADIK

Monday, 16 February 2015

C.O.N.C.R.E.T.E

Bukan aku minta untuk lahir ke dunia ini khas untuk rosakkan hidup aku kau dan semua.

Bukan aku minta untuk jadi seorang yang suka pendam cerita.

Bukan

Aku tak minta untuk jadi seorang yang bodoh! Bodoh!!!

Aku tak minta untuk jadi seorang pelupa.

Aku tak minta untuk jadi seorang yang kau benci.

Tidak.

Mungkin aku begini ada sebab.
Kalau dah tak boleh ubah itu mesti ada sebabnya.

Mungkin ada waktu untuk aku berubah.

Tapi.
Bukan besok.
Bukan lusa.
Bukan tulat.

Entah.

Tak tahu.

Apa kau boleh agak hidup kau akan bahagia selamanya?

Tidak.

Ini semua takdir.

Suratan atau kebetulan.

Sama.

Kalau dah dijawab nya betul.

Terima.

Jangan kau nak menyankal lagi!!!!

Aku bukan bidadari yang turun dari langit khas untuk menerangi hidup kau.

Aku ni manusia.
Punya hati.
Aku tahu.
Banyak buat silap.
Sebab apa?
Sebab aku manusia.
Paling jelas.
DEGIL.

P/s: saat kau ungkap yang aku cari kau bila aku ada masalah. Saat tu aku pendam semua masalah. Hanya cerita benda penting saja untuk dikongsi bersama.

Saat kau hilang kepercayaan terhadap aku. Aku terus malas mahu berkata kata. Menjadi seorang petah berkata dihadapan semua.
Dikala sendiri, menjadi seorang pendiam seribu bahasa.

Maaf aku tak sempurna.
Takkan menjadi seorang defensive untuk diri sendiri. Senyap dan biar ia berlalu pergi.

Im sorry goodbye.