Thursday, 18 October 2012

A.W.A.N

Awan 
Kau kelihatan sangat jahat pada petang ni
Kenapa?
Sebelum ni kau sangat friendly
Ahhh mana mungkin...
Kehidupan kau saban hari penuh dengan muslihat
Muslihat....!!!
Kau jahat
Bukan nak kufur nikmat
Tapi kau selalu batalkan niat yang tersirat
Kenape?
Kau selalu rosakkan segalanya 
Mana orang nak bergembira bermain badminton
Mula la kau datang bawa angin
Mana orang nak basuh kereta
Mula la kau bawa hujan
Mana orang nak bersiar siar
Mula la kau bawa cahaya terik
Mana orang dahagakan air
Kau lrikan hujan
Mana orang lapar cahaya
Kau larikan matahari

Awan
Adakala kau sangat diperlukan
Tapi kadang kala kehadiran kau tak dialukan
Macam mana tu?
Saat orang berpeluh menantikan menantikan hujan
Kau datangkan panas
Kemudian kau bagi hujan
Orang komplen
Baru nak hujan?
Arghh...! tak payah la
Typical man huh?
Saat orang nak cuaca cantik untuk bermain
Kau datangkan hujan sampai ke senja
Orang cakap "hai baru nak berhenti?"
Sudah la, kau hujan la sampai ke malam
See...such a typical man

Awan
Bila kau rasa yang kau akan dapat award dari manusia?
Kehadiran kau selalu diiringi bunyi bangsat jalanan
Aku bukan bersikap rasis terhadap kau
Aku pun sama seperti mereka

Maaf
Kau hanya akan dapat award dari DIA yang maha ESA
Kerana hanya DIA saja yang terbiasa 
Dengan warna kau yang saban berbeza
Warna biru gelap campur cair sikit tatkala subuh dan senja
Warna cerah tatkala siang yang biasa
Warna suam suam tatkala petang bersahaja

Awan
Kau sangat indah bila ditatap dengan mata jiwa
Kadang kala kau sangat buruk di mata yang berlagak celik tapi buta
Tapi bersabarlah
Sekejap lagi DIA akan panggil kau duduk disisi DIA
KAMI??
Kami hanya akan berkumpul di padang yang luas
Menanti gilirian. . . .
Kau?
Kau selamat la ape lagi

#arachester

No comments:

Post a Comment