kau
pertama kali aku melihat kau
bersama rakan yang cukup aku kenali
dengan nama peliknya
korang seakan tikus mondok
yang duduk tersorok di satu sudut
sunyi sekelilingnya
saat nama kau dilontarkan
aku ternganga seribu pelik
bukan kerana sebutannya tapi ejaannya
(seakan ikan haruan)
saban hari aku perhati kau diam seribu bahasa
tapi sangkaanku meleset saat kau mula berbicara
360 darjah dalam beberapa saat
cukup untuk aku memerhati kehadiran kau
tapi adakala ketidakhadiran kau
mencetus tanda tanya
kau mempunyai aura yang mampu
menjadikan aku pemerhati setia setiap masa
menjadikan aku pemerhati setia setiap masa
aku tertanya tanya kenapa begini jadinya?
wajah kau yang polos dan kosong
mampu menyejukkan mata
dan menimbulkan rasa suka
kelibat diri kau seakan sekeping kertas
telah mampu aku kesan dengan sepasang
mata yang teruk rabunnya
aku mula jadi penjejak yang senyap
mengalihkan setiap pandangan jika
bertembung matanya
menonjol bukan cara aku, tapi
senyap, sepi, sunyi menyendiri
itu aku
memerhati sang arjuna ceria disitu
sedangkan aku disini menunggu pilu
#arachester
p/s: stalker berjaya tau
No comments:
Post a Comment