Friday, 15 March 2013

E.M.A.K


ini mak
saodah yusof namanya
11 february 2013 mak dimasuk kan ke hospital
heartbeat mak stop dua kali. and 2kali CPR.

psss: kau bayangkan kau dah mati, dan nak dapat kan kau balik.
kene kasi renjatan yang boleh gegar segenap ruang dimensi. dengan tubuh yang lemah.
kau dapat hadap sakit tu???

mak tak sedar 4 hari.
siap kene tebuk perut untuk cuci darah mak.

psss: mak pesakit regular HAEMODIALISIS
dimana buah pinggang dia dah rosak.

18hari di hospital. dari CCU>wad biasa>ICU>wad biasa.
anak 7 orang silih ganti jaga.
adik bradik mak 4 orang ulang alik dari kuala lumpur-melaka.
penat. semua penat.
dan ok mak dah sedar
masa mak sedar. dia cakap
kenape semua tinggal kan mak. kenape biar mak sorang2 dalam bilik tu
doktor tu semua penipu. diorang nak culik mak
ni bukan hospital ni. ni tempat ape ni.

psss: CCU. wad jantung. dimana satu bilik, satu pesakit.
banyak gila monitor. kalau kau kt situ. sedar selepas mati.
kau pun takut kan.
hurm... =="

psss: keadaan sedar mak berbeza. sangat berbeza.
kau bayangkan macam kau bela budak 7 tahun.
karenah dia bukan karenah orang tua. redha.

setelah 18 hari.
balik rumah. tapi cuma 3hari je tergolek terlentang ngadap rumah.
masuk hospital balik. huh..
dada mak sesak. tak tahan.
kami bergilir jaga mak kat hospital.

psss: masa ni mak dah ok. tak seperti keanak anakan lagi. NORMAL
IMISSMYMAK.

pulang. duduk rumah. tapi tak berapa sihat sangat.
sekadar sihat biasa. selesa jaga mak kat rumah. ramai2
tidur depan jaga mak.

11 march 2013.
pagi isnin. mak ke pusat haemodialisis.
dengan niat nak cuci darah. ditemani abang aku.
sekajap. tak sampai setengah jam.
mak pengsan. CPR lagi. sakit.

psss: badan tua yang dihenyak dengan kuat.
kau rasa ape yang dia rasa?

mak dikejarkan ke emegncy hospital.
masuk CCU. AGAIN. 3 hari di CCU
kemudian tukar wad biasa.

psss: kata doktor.
mak tak boleh buat haemodialisis lagi
seperti semua orang tahu. darah akan sentiasa singgah ke jantung.
no matter what. jantung adalah platform wajib untuk singgah.
nak cuci darah pakai mesin ni. jantung kena kuat.
so satu alternatif disarankan untuk mak. CAPD

mak kene duduk wad sampai 25 march ni
dia akan dihantar ke IJN jumpa pakar jantung.
CAPD. salah satu cara selamat bagi mak untuk cuci darah,
tak lama. purata masa hanya setengah jam.
TAPI.

tadi bawak cuci darah dekat hospital.
mak suruh duduk luar. aku tipu.
aku duduk belakang mak senyap2.
kemudian. dia nangis.
aku cakap kenape mak nangis?
mak jwb mati mak dik... *sambil nangis.
aku ckp kenape?
mak jwb mak kene tebuk perut.
tapi sape nak jaga mak.
aku?? sebolehnya aku takkan titiskan setitik air mata depan mak
hanya senyum dan cakap. anak mak kan ramai. jangan risau. dah

psss: CAPD. kau sihat, kau boleh buat sorang.
dengan keadaan mak aku yang lemah. mata kabur.
dia tak layak untuk buat sorang.
kene ade orang sentiasa disisi.
sebab. rawatan ni 6 jam sekali cuci.
4 kali sehari. tak boleh miss satu pun.

well. mak...
Where are you and I'm so sorry
I cannot sleep, I cannot dream tonight
I need somebody and always
This sick, strange darkness
Comes creeping on so haunting everytime

psss: sayang pipi kanan mak.
sayang pipi kiri mak.
sayang dahi mak.

Yang Benar
ADIK

6 comments:

  1. Replies
    1. sedang membalas jasa. tido sesama di hospital hampai 2 bulan

      Delete
    2. tu semua kenangan akan ingat smpai mati,pcaya la :)

      Delete
    3. tu pasal update kt blog. hehe

      Delete
  2. Ya Allah sedih aku baca.Semoga kau kuat selalu dan banyakkan doa.

    ReplyDelete