Monday, 4 July 2016

S.T.R.A.N.G.E.R

Yang asing
Ya, kau yang asing
Yes you are.

Aku punya banyak kenalan
Yang rapat
Yang biasa-biasa
Yang di alam maya
Dan yang di luar sana

Aku seorang yang kuat pendam rasa
Segala rasa terbuku aku simpan
Sakit
Ada kala mahu ceritakan sahaja bersama teman
Tapi aku juga seorang pemerhati
Tak semua rakan aku mahu mendengar cerita
Dan jikalau ada yang mahu
Aku pula sebaliknya

Mungkin susah untuk mengenali orang seperti aku
Dan aku pula susah untuk berkongsi akan sesuatu hal 
Bersama orang sebarangan

Mungkin kau nampak aku kasar
Acah-acah punk
Yang sebetulnya, aku tak tahu apa itu konsep punk
Banyak perkara yang aku mahu share
But I've no strength to share it with someone

Terlalu sukar untuk aku menerima seseorang dalam hidup aku
Mungkin kisah lama mengajar aku untuk lebih berhati-hati

Dan aku pula kini menjadi terlalu terbuka
Terlalu lancang memaki hamun
But this is not me
Bukan seorang yang selalu menggunakan kata-kata kesat
Tapi ini cara yang aku gunakan sekarang untuk mengenali orang luar

Satu pesan,
Jika kehadiran aku menghiburkan
Buat kau rasa selesa
Buat kau rasa dah lama kenal

Please stay,
Mungkin apa yang kau rasa itu
Sama seperti apa yang aku rasa
SELESA
Selesa seperti Rumah.

No comments:

Post a Comment