Wednesday, 28 September 2016

R.A.N.G.G.A

This is Rangga Hahaha no lah, this is Evans Evans Budy Prakoso Kali pertama aku nampak dia,
Semasa dia bersama dengan teman-teman dari Indonesia.
Dalam ramai-ramai tu, Dia yang paling senyap. Tanya sepatah, Jawab sepatah. Satu malam, Selepas event tamat dengan jayanya Fuuhhh penat tahu?? Okay, balik ke topik utama. Aku dan lagi dua crew Bertanggungjawab membawa pulang
Sahabat-sahabat dari Indonesia. Setelah selesai loading 6 bmx ke dalam kereta, Dan kereta aku cuma kosong satu seat sahaja. Mereka semua gadaikan Evans, Untuk gerak sama aku. Semasa dalam kereta, Evans ni senyap saja. Aku pun tanya lah "Kamu memang pendiam ke? " Dan dia jawab "Aeh tidak lah, aku seorang yang banyak cakap.
Tapi dengan orang yang aku kenal.
Dan ada perkara yang aku suka perdebatkan,
Lalu aku banyak bicara.
Aku hanya cakap benda yang penting saja" Ni la kot ayat dia. Aku tak ingat lah. Hahahaha Start malam tu, Baru aku tahu Yang dia lagi banyak cakap dari aku.
Pandai pulak tu nak baca personality orang. Selepas aku hantar dia naik bas ke KLIA. Kerap pulak text. Yaa, dia memang banyak cakap. Hahaha Dear Evans, Ternyata kamu sangat baik orangnya. *FlatDev2016 24-25 September 2016 Melaka, Malaysia


No comments:

Post a Comment