Monday, 9 January 2017

Y.A.N.G K.E 25 T.A.H.U.N

10 JANUARI 2017

Ramai yang tanya
Apa azam aku untuk tahun 2017 ni
Aku jawab "TIADA"
Mereka balas
"Takkan lah takda?" 
"25 tahun kau ulang benda sama?"

Well, banyak benda yang aku ingin kan
Tapi tahun ni aku taknak banyak
Aku hanya nak FAMILY

Hujung Oktober 2016
Aku kehilangan Ayah
Aku hilang seorang teman
Aku hilang tempat bergantung
Aku hilang seorang wali
Aku hilang seorang teman Capricorn

Awal Disember 2016
Aku hilang seorang Abang
Dia merajuk
Aku bukan nak bukak cerita keluarga aku
Tapi ya, aku hilang seorang abang
Walaupun kami jarang berbual
Rasa kehilangan tu tetap ada
Rasa kosong satu kerusi

Masih lagi Disember 2016
Aku hilang teman bergurau di atas katil
Hilang seorang adik
Bukan mati
Tapi kami sebulat suara ingin angah jaga Alysha
Jadi budak KL sekarang
Bukan kami di Melaka tak mahu jaga
Maaf, kami taknak Alysha terabai.
Kau jaga diri dekat sana
Walau aku ni tak suka kau
Tapi sayang tahu sayang?

2016 tanpa Emak
2017 tanpa Ayah dan Alysha

Hari ni
Yang ke 25 tahun
Aku inginkan Keluarga yang lengkap.


No comments:

Post a Comment