Saturday, 4 May 2013

A.K.U .B.U.G.I.S




aku bugis sebab
ayah keturunan bugis sama seperti mak
ada makcik cakap
radin adalah keturunan diraja di indonesia
and bagi bugis ialah DAENG
yaaa aku berfikir sejenak
my name should be
 DAENG NAZATUL NABILA BINTI DAENG ISMAIL
bapak panjang..........

Monday, 8 April 2013

C.I.N.T.A


CINTA
cinta itu unik seperti 
cinta shah jehan kepada mumtaz-nya
cinta romeo kepada juliet-nya
cinta laila dan majnun
cinta emak dan ayah
begitu juga cinta kami anak-2 kepada mereka berdua

hari ni 8 april
Hospital Besar Melaka

emak kena tebuk leher lagi sekali untuk cuci darah
well, kat tempat yang sama
kali kedua ni dia rasa sakit
kemudian dapat berita ayah masuk wad
gastrik katanya

p/s: ayah start sakit perut masa jaga mak kat IJN hari tu
sampai pagi tadi dia terus lapor diri ke wad kecemasan
aku yang tengok katil mak kosong, terus dapat kan ayah

aku balik pada mak
kakak uruskan ayah
abang packing barang-2 ayah
kemudian
ayah tinggal sorang
abang jaga mak
aku tapau kan makanan ayah kt rumah

p/s: untungnya rasa bila rumah dekat dengan hospital

bawak makanan untuk ayah
tapi makanan tu dipandang sepi =="
"ayah kene puasa la dik"
"ala, baru nak kasi ayah makan..."

p/s: aku masakkan lauk sotong masak hitam untuk mak. 
bahagi 2. so mereka dapat sorang satu bekas.
last2 aku yang lahapkan makanan tu.

baring sebelah ayah atas katil.
orang pandang
ape tak boleh ke aku nak baring sebelah ayah aku?
aku cucuk perut ayah yang kembong tu
ayah mengerang adoi...!!
oopppsss!! sorry ayah, adik tak sengaja

doktor bawak ayah pergi buat ultrasound
aku tinggal sorang kat katil
selang berapa minit, ada makcik ni tanya
"adik sakit ape?"
aeh saya teman ayah saya laaaa

p/s: ape soalan bangang la dia tanya.
tu kan wad lelaki, tak kan la aku sakit masuk wad lelaki.
mentang-2 rambut aku pendek
tak suka orang merperkotak katik kan keadaan aku.
haha 

aku tertidur
kemudian ayah kejut, hey dik tepi ayah nak baring
lepak setengah jam, ayah suruh balik
dengan arahan " kau balik tengok kan ayam ayah. 
halau masuk reban, kasi makan, siram pokok bunga ok"
ok..
dalam hati, ayam jugak yang dia risau kan
aku balik awal sikit
pergi main kasut roda

p/s: jangan cakap aku anak tak guna
sebab boleh pergi main kasut roda tatkala orang tua aku sedang sakit
itu cara aku hilangkan tekanan

8 malam aku sampai 
teman lepak duduk sama dengan ayah
sambil-2 aku turun tengok mak samada dah habis cuci darah belom

ayah tingkat 4, mak tingkat 2.
jam 9 aku turun balik tengok mak dah gerak
aku pun gerak sama ke wad asal mak yang jaraknya 
250-300 meter. naik motor

jam 11 lebih
ayah call
"dik, esok ayah ada major operation"
mana abang kau ni? kata bawak nestum untuk ayah?? 
soalan dibiar sepi.

p/s: ayah kene puasa, so tak boleh makan. 
aku suruh abg beli nestum. 
tp ntah mana hilang

mak ckp dgn ayah
"abang jangan tinggal kan na sorang2 bang. abang kene kuat"
lepas cakap, aku terus hantar 3 paket milo mak aku kat ayah
sampai-2 je, ayah cakap ayah puasa dah. tak boleh makan.
aku diam teman ayah sampai abang datang.

balik semula kat mak
mak cakap nak tengok ayah
aku tolak mak pakai kerusi roda 
ke wad ayah yang jaraknya 250-300 meter
jam 1 lebih pagi, dekat hospital
ape lagi pecut la aku menolaknya.

sampai je mereka berborak
masa nak balik wad mak semula
mak pegang tangan ayah
"bang, na balik dulu aeh. 
doktor kasi keluar sekejap je"
"yelah, jaga diri"
sepi.
aku dengan abang
mungkin sedang menahan air mata

9 april 2013
0300 pagi
GH.MELAKA
-KAY-

Friday, 15 March 2013

E.M.A.K


ini mak
saodah yusof namanya
11 february 2013 mak dimasuk kan ke hospital
heartbeat mak stop dua kali. and 2kali CPR.

psss: kau bayangkan kau dah mati, dan nak dapat kan kau balik.
kene kasi renjatan yang boleh gegar segenap ruang dimensi. dengan tubuh yang lemah.
kau dapat hadap sakit tu???

mak tak sedar 4 hari.
siap kene tebuk perut untuk cuci darah mak.

psss: mak pesakit regular HAEMODIALISIS
dimana buah pinggang dia dah rosak.

18hari di hospital. dari CCU>wad biasa>ICU>wad biasa.
anak 7 orang silih ganti jaga.
adik bradik mak 4 orang ulang alik dari kuala lumpur-melaka.
penat. semua penat.
dan ok mak dah sedar
masa mak sedar. dia cakap
kenape semua tinggal kan mak. kenape biar mak sorang2 dalam bilik tu
doktor tu semua penipu. diorang nak culik mak
ni bukan hospital ni. ni tempat ape ni.

psss: CCU. wad jantung. dimana satu bilik, satu pesakit.
banyak gila monitor. kalau kau kt situ. sedar selepas mati.
kau pun takut kan.
hurm... =="

psss: keadaan sedar mak berbeza. sangat berbeza.
kau bayangkan macam kau bela budak 7 tahun.
karenah dia bukan karenah orang tua. redha.

setelah 18 hari.
balik rumah. tapi cuma 3hari je tergolek terlentang ngadap rumah.
masuk hospital balik. huh..
dada mak sesak. tak tahan.
kami bergilir jaga mak kat hospital.

psss: masa ni mak dah ok. tak seperti keanak anakan lagi. NORMAL
IMISSMYMAK.

pulang. duduk rumah. tapi tak berapa sihat sangat.
sekadar sihat biasa. selesa jaga mak kat rumah. ramai2
tidur depan jaga mak.

11 march 2013.
pagi isnin. mak ke pusat haemodialisis.
dengan niat nak cuci darah. ditemani abang aku.
sekajap. tak sampai setengah jam.
mak pengsan. CPR lagi. sakit.

psss: badan tua yang dihenyak dengan kuat.
kau rasa ape yang dia rasa?

mak dikejarkan ke emegncy hospital.
masuk CCU. AGAIN. 3 hari di CCU
kemudian tukar wad biasa.

psss: kata doktor.
mak tak boleh buat haemodialisis lagi
seperti semua orang tahu. darah akan sentiasa singgah ke jantung.
no matter what. jantung adalah platform wajib untuk singgah.
nak cuci darah pakai mesin ni. jantung kena kuat.
so satu alternatif disarankan untuk mak. CAPD

mak kene duduk wad sampai 25 march ni
dia akan dihantar ke IJN jumpa pakar jantung.
CAPD. salah satu cara selamat bagi mak untuk cuci darah,
tak lama. purata masa hanya setengah jam.
TAPI.

tadi bawak cuci darah dekat hospital.
mak suruh duduk luar. aku tipu.
aku duduk belakang mak senyap2.
kemudian. dia nangis.
aku cakap kenape mak nangis?
mak jwb mati mak dik... *sambil nangis.
aku ckp kenape?
mak jwb mak kene tebuk perut.
tapi sape nak jaga mak.
aku?? sebolehnya aku takkan titiskan setitik air mata depan mak
hanya senyum dan cakap. anak mak kan ramai. jangan risau. dah

psss: CAPD. kau sihat, kau boleh buat sorang.
dengan keadaan mak aku yang lemah. mata kabur.
dia tak layak untuk buat sorang.
kene ade orang sentiasa disisi.
sebab. rawatan ni 6 jam sekali cuci.
4 kali sehari. tak boleh miss satu pun.

well. mak...
Where are you and I'm so sorry
I cannot sleep, I cannot dream tonight
I need somebody and always
This sick, strange darkness
Comes creeping on so haunting everytime

psss: sayang pipi kanan mak.
sayang pipi kiri mak.
sayang dahi mak.

Yang Benar
ADIK