Sunday 10 November 2013

P.E.R.G.I

Kadang²
Kita selalu nak menjaga hati orang lain
Tapi bila hati mak, kita lupakan

Kadang² kita tak sedar,  yang mak kita selalu merajuk dengan kita.

Kadang² kita ingat, kita punya banyak masa dengan mak.
Padahal kita tak tahu, yang hari esok mungkin tiada.

Kadang² hati kita cakap "alah, mak merajuk sekejap je"
Tapi kita tak sedar, yang besoknya mak sudah tak bernyawa.

Kemudian barulah kita sedar, yang kita rindu mak setiap masa.

Yang dulu tidur bersama kini tiada siapa.

Yang dulu suka mencuit tapi kini sendiri mencubit.

Yang dulu selalu cakap "adik, mak nak air slurpee " dan kita jawab "aeh mana boleh minum manis²"

Sekarang dah rindu, hari² nak menangis.

Mak, adik rindu.
Al-Fatihah.

Monday 14 October 2013

T.O.N.A.M.I.R

#kisah cinta TONAMIR

sudahlah kau. 
berambus.
nah ambil 2posen ni.

*kata amir kepada eton.

lalu eton berkata sesuatu

cinta aku dulu kau minta minta
aku diam seribu bahasa
cinta aku dulu kau puja puja
aku masih bisu disitu bersahaja

lalu kau mengorak langkah
minta cinta itu dibalas semula
kemudian aku berjalan selangkah
sambil menguntumkan senyuman terima

kau pinpin tangan ku ke awan
sambil bercerita tentang bintang
aku mendengar setiap satu tanpa lawan
lalu hanyut kita sehelai tanpa benang

pagi tadi kau pandang aku dengan jelik
kau beri kata caci maki tanpa sedar
hey, aku bingung aku pelik!
lalu kau angkat kaki lalu beredar

saat itu terasa jiwa sudah bangang
setiap sudut telah kau pegang
jantung hati aku kau goyang
tiba tiba kau hilang terbang melayang

ini cinta aku
milik aku
yang kau minta dulu
sekarang ianya sudah beku

cinta yang kau anggap 20sen

p/s:
jika senyuman yang indah itu untuk aku. 
akanku simpan rapi dalam hati. 
jika tidak ia milikku, 
hey sila pergi mati

-arabella winchester

Saturday 4 May 2013

A.K.U .B.U.G.I.S




aku bugis sebab
ayah keturunan bugis sama seperti mak
ada makcik cakap
radin adalah keturunan diraja di indonesia
and bagi bugis ialah DAENG
yaaa aku berfikir sejenak
my name should be
 DAENG NAZATUL NABILA BINTI DAENG ISMAIL
bapak panjang..........

Monday 8 April 2013

C.I.N.T.A


CINTA
cinta itu unik seperti 
cinta shah jehan kepada mumtaz-nya
cinta romeo kepada juliet-nya
cinta laila dan majnun
cinta emak dan ayah
begitu juga cinta kami anak-2 kepada mereka berdua

hari ni 8 april
Hospital Besar Melaka

emak kena tebuk leher lagi sekali untuk cuci darah
well, kat tempat yang sama
kali kedua ni dia rasa sakit
kemudian dapat berita ayah masuk wad
gastrik katanya

p/s: ayah start sakit perut masa jaga mak kat IJN hari tu
sampai pagi tadi dia terus lapor diri ke wad kecemasan
aku yang tengok katil mak kosong, terus dapat kan ayah

aku balik pada mak
kakak uruskan ayah
abang packing barang-2 ayah
kemudian
ayah tinggal sorang
abang jaga mak
aku tapau kan makanan ayah kt rumah

p/s: untungnya rasa bila rumah dekat dengan hospital

bawak makanan untuk ayah
tapi makanan tu dipandang sepi =="
"ayah kene puasa la dik"
"ala, baru nak kasi ayah makan..."

p/s: aku masakkan lauk sotong masak hitam untuk mak. 
bahagi 2. so mereka dapat sorang satu bekas.
last2 aku yang lahapkan makanan tu.

baring sebelah ayah atas katil.
orang pandang
ape tak boleh ke aku nak baring sebelah ayah aku?
aku cucuk perut ayah yang kembong tu
ayah mengerang adoi...!!
oopppsss!! sorry ayah, adik tak sengaja

doktor bawak ayah pergi buat ultrasound
aku tinggal sorang kat katil
selang berapa minit, ada makcik ni tanya
"adik sakit ape?"
aeh saya teman ayah saya laaaa

p/s: ape soalan bangang la dia tanya.
tu kan wad lelaki, tak kan la aku sakit masuk wad lelaki.
mentang-2 rambut aku pendek
tak suka orang merperkotak katik kan keadaan aku.
haha 

aku tertidur
kemudian ayah kejut, hey dik tepi ayah nak baring
lepak setengah jam, ayah suruh balik
dengan arahan " kau balik tengok kan ayam ayah. 
halau masuk reban, kasi makan, siram pokok bunga ok"
ok..
dalam hati, ayam jugak yang dia risau kan
aku balik awal sikit
pergi main kasut roda

p/s: jangan cakap aku anak tak guna
sebab boleh pergi main kasut roda tatkala orang tua aku sedang sakit
itu cara aku hilangkan tekanan

8 malam aku sampai 
teman lepak duduk sama dengan ayah
sambil-2 aku turun tengok mak samada dah habis cuci darah belom

ayah tingkat 4, mak tingkat 2.
jam 9 aku turun balik tengok mak dah gerak
aku pun gerak sama ke wad asal mak yang jaraknya 
250-300 meter. naik motor

jam 11 lebih
ayah call
"dik, esok ayah ada major operation"
mana abang kau ni? kata bawak nestum untuk ayah?? 
soalan dibiar sepi.

p/s: ayah kene puasa, so tak boleh makan. 
aku suruh abg beli nestum. 
tp ntah mana hilang

mak ckp dgn ayah
"abang jangan tinggal kan na sorang2 bang. abang kene kuat"
lepas cakap, aku terus hantar 3 paket milo mak aku kat ayah
sampai-2 je, ayah cakap ayah puasa dah. tak boleh makan.
aku diam teman ayah sampai abang datang.

balik semula kat mak
mak cakap nak tengok ayah
aku tolak mak pakai kerusi roda 
ke wad ayah yang jaraknya 250-300 meter
jam 1 lebih pagi, dekat hospital
ape lagi pecut la aku menolaknya.

sampai je mereka berborak
masa nak balik wad mak semula
mak pegang tangan ayah
"bang, na balik dulu aeh. 
doktor kasi keluar sekejap je"
"yelah, jaga diri"
sepi.
aku dengan abang
mungkin sedang menahan air mata

9 april 2013
0300 pagi
GH.MELAKA
-KAY-

Friday 15 March 2013

E.M.A.K


ini mak
saodah yusof namanya
11 february 2013 mak dimasuk kan ke hospital
heartbeat mak stop dua kali. and 2kali CPR.

psss: kau bayangkan kau dah mati, dan nak dapat kan kau balik.
kene kasi renjatan yang boleh gegar segenap ruang dimensi. dengan tubuh yang lemah.
kau dapat hadap sakit tu???

mak tak sedar 4 hari.
siap kene tebuk perut untuk cuci darah mak.

psss: mak pesakit regular HAEMODIALISIS
dimana buah pinggang dia dah rosak.

18hari di hospital. dari CCU>wad biasa>ICU>wad biasa.
anak 7 orang silih ganti jaga.
adik bradik mak 4 orang ulang alik dari kuala lumpur-melaka.
penat. semua penat.
dan ok mak dah sedar
masa mak sedar. dia cakap
kenape semua tinggal kan mak. kenape biar mak sorang2 dalam bilik tu
doktor tu semua penipu. diorang nak culik mak
ni bukan hospital ni. ni tempat ape ni.

psss: CCU. wad jantung. dimana satu bilik, satu pesakit.
banyak gila monitor. kalau kau kt situ. sedar selepas mati.
kau pun takut kan.
hurm... =="

psss: keadaan sedar mak berbeza. sangat berbeza.
kau bayangkan macam kau bela budak 7 tahun.
karenah dia bukan karenah orang tua. redha.

setelah 18 hari.
balik rumah. tapi cuma 3hari je tergolek terlentang ngadap rumah.
masuk hospital balik. huh..
dada mak sesak. tak tahan.
kami bergilir jaga mak kat hospital.

psss: masa ni mak dah ok. tak seperti keanak anakan lagi. NORMAL
IMISSMYMAK.

pulang. duduk rumah. tapi tak berapa sihat sangat.
sekadar sihat biasa. selesa jaga mak kat rumah. ramai2
tidur depan jaga mak.

11 march 2013.
pagi isnin. mak ke pusat haemodialisis.
dengan niat nak cuci darah. ditemani abang aku.
sekajap. tak sampai setengah jam.
mak pengsan. CPR lagi. sakit.

psss: badan tua yang dihenyak dengan kuat.
kau rasa ape yang dia rasa?

mak dikejarkan ke emegncy hospital.
masuk CCU. AGAIN. 3 hari di CCU
kemudian tukar wad biasa.

psss: kata doktor.
mak tak boleh buat haemodialisis lagi
seperti semua orang tahu. darah akan sentiasa singgah ke jantung.
no matter what. jantung adalah platform wajib untuk singgah.
nak cuci darah pakai mesin ni. jantung kena kuat.
so satu alternatif disarankan untuk mak. CAPD

mak kene duduk wad sampai 25 march ni
dia akan dihantar ke IJN jumpa pakar jantung.
CAPD. salah satu cara selamat bagi mak untuk cuci darah,
tak lama. purata masa hanya setengah jam.
TAPI.

tadi bawak cuci darah dekat hospital.
mak suruh duduk luar. aku tipu.
aku duduk belakang mak senyap2.
kemudian. dia nangis.
aku cakap kenape mak nangis?
mak jwb mati mak dik... *sambil nangis.
aku ckp kenape?
mak jwb mak kene tebuk perut.
tapi sape nak jaga mak.
aku?? sebolehnya aku takkan titiskan setitik air mata depan mak
hanya senyum dan cakap. anak mak kan ramai. jangan risau. dah

psss: CAPD. kau sihat, kau boleh buat sorang.
dengan keadaan mak aku yang lemah. mata kabur.
dia tak layak untuk buat sorang.
kene ade orang sentiasa disisi.
sebab. rawatan ni 6 jam sekali cuci.
4 kali sehari. tak boleh miss satu pun.

well. mak...
Where are you and I'm so sorry
I cannot sleep, I cannot dream tonight
I need somebody and always
This sick, strange darkness
Comes creeping on so haunting everytime

psss: sayang pipi kanan mak.
sayang pipi kiri mak.
sayang dahi mak.

Yang Benar
ADIK

Wednesday 23 January 2013

M.O.T.H.E.R.F.U.C.K.E.R

hey

do you know how bad i hate you
this story will tell the truth

you always make me like a fool
without thinking that i have a soul

infront me, you are well behave
but behind me, you are out of cave

you said that you love me
but you spent time with her

you said that you will secure me 
but your words just like motherfucker

#arachester

p/s: english aku tak seberapa.
tengah asah ni, sikit2. 

Monday 14 January 2013

S.T.A.L.K.E.R

kau
pertama kali aku melihat kau
bersama rakan yang cukup aku kenali
dengan nama peliknya

korang seakan tikus mondok
yang duduk tersorok di satu sudut
sunyi sekelilingnya

saat nama kau dilontarkan
aku ternganga seribu pelik
bukan kerana sebutannya tapi ejaannya
(seakan ikan haruan)

saban hari aku perhati kau diam seribu bahasa
tapi sangkaanku meleset saat kau mula berbicara

360 darjah dalam beberapa saat
cukup untuk aku memerhati kehadiran kau

tapi adakala ketidakhadiran kau
mencetus tanda tanya

kau mempunyai aura yang mampu 
menjadikan aku pemerhati setia setiap masa
aku tertanya tanya kenapa begini jadinya?

wajah kau yang polos dan kosong
mampu menyejukkan mata
dan menimbulkan rasa suka

kelibat diri kau seakan sekeping kertas
telah mampu aku kesan dengan sepasang
mata yang teruk rabunnya

aku mula jadi penjejak yang senyap 
mengalihkan setiap pandangan jika 
bertembung matanya

menonjol bukan cara aku, tapi
senyap, sepi, sunyi menyendiri
itu aku


memerhati sang arjuna ceria disitu
sedangkan aku disini menunggu pilu

#arachester

p/s: stalker berjaya tau


L.O.N.E.R

aku si pari pari
yang patah sebelah sayapnya

yang dulunya ceria
tapi kini seakan tidak bernyawa

punya hati yang cantik
tapi dibiarkan usang kesemuanya

____________._____________

sayu
air mata yang membasahi bantal yang
merupakan teman kau dari kecil sehingga dewasa

____________._____________

#arachester

p/s: suasana sunyi sepi yang 
tak akan pernah hilang 
dari hidup aku agaknya

T.E.R.S.I.R.A.T

aku menangis tanpa suara
esakan demi esakan
aku kaburi dengan tawa


kau kagum, kau suka 

melihat aku gembira


tapi adakah kau tahu

aku sedang berduka?


aku sedekahkan senyuman kepada kau

sedangkan hati aku
sangat kedekut mengeluarkannya


aku sedekahkan kegembiraan kepada kau 

sedangkan diri aku 
sangat susah untuk kecapinya

#arachester

p/s: tak semua kau nampak benar belaka
sedangkan itu semua sangat perit dan cilaka.
sial

S.A.T.U M.A.S.A N.A.N.T.I

satu masa nanti
aku mahu bersendiri
mananti saat untuk mati
kerana diri ini tiada siapa yang peduli

satu masa nanti
aku mahu berjudi
melabur untuk diri sendiri
kerana diri ini sudah tiada erti

satu masa nanti
aku mahu kau disisi
menjadi penghuni hati ini
kerana aku tak tahan
menahan sunyi lagi sepi

#arachester

p/s: hati ini terlalu ego berlagak diri
     mohon kau temani aku sampai mati

Saturday 12 January 2013

P.A.N.T.U.N T.W.I.T.T.E.R

kepejam celik pejam celik,
lalu tutup mata aku tidur. 
pejam celik pejam celik, 

jangan esok aku dalam kubur.

Bukak mata bukak mata, 

buat muka poyo. 
Bukak mata bukak mata, 

jangan dalam studio.

tidur tidur si labi labi, 

jangan esok aku mati.
tidur tidur si labi labi, 

semoga esok kita jumpa lagi

Seronok seronok duduk online je, 
tak seronok tak seronok isnin kene kerje.

pusing pusing muka kau. 

makin sakit mata ni. 
pusing pusing muka kau, 

makin rosak otak ni.

U-turn u-turn tweet kau, 

makin mengantuk mata ni, 
U-turn u-turn tweet kau, 

makin longlai badan aku ni.

balik balik kau ulang, 

sampai aku naik bosan. 
balik balik kau ulang. 

sampai aku naik pengsan.

#arachester

p/s: hasil nukilan gua dengan anis zulfa

W.O.I A.K.U S.U.K.A K.A.U

kau!! 
dengar tak aku jerit nama kau ni?
dengar tau!!

aku suka cara kau
aku terima gila kau
kau buat aku jadi sasau
sampai hidup aku kacau bilau

datang kau bawa tawa
datang kau bawak suka 
datang kau bawak ceria 
datang kau bawak senyum manis
yang tak ku duga


kau seakan mimpi yang datang setahun sekali
mereka bentuk jalan cerita dalam hati ini
setiap bait bait kau sangat gila tapi suci
tapi sayang kau hanya mimpi di siang hari

sampai masa nanti
aku seru nama kau
aku tarik telinga kau
berbisik kepada kau
yang aku suka kau.

#arachester

p/s: sesuatu yang gila dan tak di duga kesannya. 




Thursday 3 January 2013

B.U.T.A

jiwa aku itu debu
jiwa aku itu gelap
jiwa aku itu halimunan

mata kau celik
tapi tak nampak debu bukan?

mata kau cerah
tapi tak nampak dalam gelap bukan?

mata kau jelas
tapi tak nampak halimunan bukan?

sikit sikit kau buat tak nampak
lama lama jelas kau memang tak nampak
buta namanya.

hukum karma

#aeachester


Wednesday 2 January 2013

I.N.T.A.N VS S.E.T.A.N

satu satu gua cerita
satu haram lu tak faham
satu satu gua sabar
satu badan lu jadi liar

gua cerita A, lu faham A
tapi sayang A lu terbalik

gua cerita W
lu faham M

gua cerita 1
lu faham hanya 0.1

gua malas mau cerita lagi
sebab gua tau yang gua akan cerita lagi dan lagi

gua bagi lu masa
tapi lu buat buta

apa lagi lu mau
gua kasi
tapi sayang
lu buat gua jadi basi

dulu gua intan
sekarang gua setan

#arakaychester

p/s: lu jangan macam2 sama gua