Monday 24 December 2012

K.A.M.I II

panas... panas.. panas..
aku dalam neraka?
ohh bukan
aku ada di bawah bas rupanya
patutlah

aku celik mata, aku pelik
aku dimana? dengan helmet masih dikepala
toleh ke kanan sedikit terlihat tin sprite dah kemik
ahh sudah, hati mula cuak tercari cari 
mana sang puteri?
merangkak aku keluar dari bawah bas. 
shit betul macam mana aku boleh terpesuk masuk situ?
sekali lagi toleh ke kanan
dan. . . pandangan kosong campur cuak terus ke kaki adik
lyshaaaaa!!!!!!!!!!!!!

aku terus mendapatkan adik
aku tak boleh angkat, tak boleh alih
tak mampu buat ape pun!
rasa macam seorang kakak tak guna
dia jerit "akak tak nak mati"
"akak tak nak mati" "sakit induk"
"apa kau buat ni induk..!!"
"sakit....!!"

ok. kepala dia terhantuk kat tayar bas. 
helmet entah ke mana. lemak kaki dia agak bersepah sikit
ya Allah, adik aku kecik je. kenapa jadi macam ni
seat motor terbukak dan betis adik aku tertusuk handle belakang
tulang peha patah dan aku betul-betul tak mampu buat apa-apa

kat tengah-tengah antara stadhuys, polis pelancong, dan kubu baru. aku dan adik terdampar kat situ. 
tengah-tengah orang ramai. nasib baik bas tu baru berhenti.
kalau jalan? arwah?

aku lemah, pucat, menggigil
tapi aku masih sedar. sebab semangat adik aku
dia tak nangis, walaupun dia sakit
orang awam, pelancong semua menangis termasuk aku
mereka semua berdoa cara masing masing.
aku? sambil kena marah dengan adik.
sambil tu aku selawat dekat telinga dia
aku suruh dia ikut
ok dia ikut, tapi kadang kadang dia jerit sakit
suruh angkat kaki dia. aku tahu dia penat. 
sebab dia pendek, tak larat nak tahan

setengah jam kemudian. 
ambulans sampai. tapi tak mampu buat ape

sebab kaki adik tersangkut dekat handle.
tiba-tiba ayah muncul

ok aku takut, takut kena tibai
riaksi ayah yang ada sakit jantung tu cukup buat aku teresak-esak
"ya Allah, kenapa jadi macam ni dik!"
kemudian bomba sampai. dia keluarkan pemotong besi!
terus adik jerit "jangan potong kaki akak!!"
aku pun sambung menangis sampai kena angkut masuk ambulans
hanya suara adik je aku dengar.
"ayah" "ayah" "ayah" "ayah" "ayah"
"akak taknak mati yah"

sejam jugak kami di situ dan akhirnya kami dibawa ke hospital
dalam ambulans yang laju tu jugak. aku tak tahan dengar 
adik menangis. aku sedih. kenapa semua ni terjadi
kenapa? kenapa???????

#arachester

p/s: kau jangan bawak motor tak tentu hala lagi 

K.A.M.I

aku. sedih. tak tau kenapa
mungkin sebab kejadian itu membuat aku rasa TRAUMA
kejadian yang betul betul mengubah hidup adik aku
masih lagi terngiang ngiang kata kata setan dia
"semua salah induk mak" "induk punya pasal"
ohh man, aku tak sengaja. tolong la faham

26 APRIL tak silap aku. semua terjadi tanpa dirancang
aku cuti sem. cuti yang sangat lama
rasa macam cuti ni sangat bebal bagi aku
cuti paling suey dalam hidup aku
adalah cuti sem
aku paling tak suka cuti sem. cuti sem. cuti sem.
dan aku tak suka teksi
kenape aku tak suka teksi?

sebelum 9 mei
aku melalui cuti sem untuk berganjak ke sem 3
cuti tu sekejap tapi dah cukup malang bagi aku
ayah ke kuala lumpur untuk hadiri majlis keramaian polis
aku dan family? duduk rumah saja
abang ajak makan satay, tapi. aku drive 
aku belagak. try bawak pesona
haha tapi malang betul 
masa balik aku lalui jalan biasa lebuh AMJ
jalan time tu basah. ye lah hujan
tiba tiba kereta depan aku emergency brake
aku pun brake la sekali
selamat ok. selamat
tiba tiba pulak teksi buta ni pergi langgar aku
pergh jahanam kereta ayah
balik terus kena marah
and ayat dia paling aku gerun
"kau jangan sentuh pesona lagi!!!"

berbalik kepada 9 mei
masa ni genap sebulan aku cuti sem
tinggal lagi sebulan . cuti paling panjang
dan hari ni. macam biasa. 
ambik adik dekat sekolah.
sekolah nak top. depan sekolah ada dataran pahlawan
orang pergi koko. dia pergi dataran. 
duit bukan ade banyak pun nk shoping. berjimba.

ok. siap siap. . . 
aeh motor abang aku ada lah
haa so aku ride motor abang.
pesanan kedua ayah.
hantar barang dekat kedai. 
kedai dekat sebelah pajabat polis trafik melaka tengah.
bangunan merah ni mainan aku je lah.
main selok . celah . impit . and lastly aku jadi nasi impit

aku akan lalu kedai dulu sebelum sampai sekolah adik
tapi aku teringat kan adik suka air sprite
aku amik adik dulu
pergi sekolah macam biasa. 
ambik adik. soalan pertama dia dekat aku
"air sprite mana? "
aku jawab "kejap lagi"
muka dari masam terus senyum lebar

aku terus ke kedai yang ingin ditujui untuk hantar barang
dah sampai. barang dah aku bagi. 
aeh adik aku ni bila nak pergi mintak air sprite dia?
tiba tiba orang kedai tu tanya 
"nak air sprite tak?"
haaa tu diaa . orang ni betul faham adik aku
tahu je ape hasrat adik aku
dia bagi se tin air sprite.
sebelum tu siap bergurau dengan adik

dah dapat se tin. aku bagi dia rasa
ambil naik motor. aku suruh dia pegang
time tu aku dah rasa lain
kenapa aku bagi dia minum sebelum sampai rumah?
sampai satu simpang. aku nk cross ke jonker street
tunggu saat untuk berlepas.
kereta banyak. tapi. . . 

to be continue. . .

#arachester

p/s: benar itu sakit









T.A.J.A.M

angin malam begitu suram
dia bising semua diam
aku salah aku sangat malang
tapi kenape aku tanggung sorang?

duduk jauh hujung benua
hari hari ilmu ditimba
balik balik aku dihina
apa makna ini semua?

hurm =="

#arachester

p/s: spinning gasing

S.E.N.D.I.R.I

shhhhhh
senyap

aku suka suasana senyap
yang sangat sepi
tidak perlu berucap
kerana ingin mendengar denyutan nadi

sekilas pandangan ke langit
aku tahu, aku sedar
aku tak layak menconteng langit

langit dengan lapisannya
setiap lapis ada cerita
tapi tangan aku kotor
rasa bodoh kalau aku menconteng langit itu

jika aku conteng juga
terdapat banyak bunyi jahat di keliling
hey jangan conteng. 
aku dah warnakan dia dengan warna aku
hey jangan sentuh langit itu. 
aku dah corakkan dia
see. seperti langit ni mereka yang punya
bukan aku

maka. diikutkan saja coraknya
sampai kita terleka
bahawa hati kita kosong tanpa warna sendiri
corak sendiri dan cerita sendiri

#arachester

p/s: pergi mati la kau







A.L.A.M

alam itu milik kita
bukan selamanya, hanya sementara saja
bukan 2, bukan 10 malah bukan sejuta
tapi hanya satu yang perlu dijaga

kau bilang alam itu indah
dusta!
hari hari kau ludah
kau buat sampah
lepas tu kau blah

kini dia merajuk
satu satu dia kasi petunjuk
sama seperti kitab untuk dirujuk
yang telah lama kau biarkan berhabuk

kau menangis kau kecewa
kau kata ini semua dusta
kau rasa kau yang tak berdosa
kau nampak kau sorang saja terima bencana

buta ke ape?
ye kau buta
buta hati, buta mata

kau memohon agar alam ini kembali sempurna
tapi kau yang sentiasa menikam alam untuk hidup sempurna

#arachester

p/s: shut the fuck up