Thursday 17 November 2016

T.H.E Q.U.E.S.T.I.O.N

17 November 2016

Aku balik kerja
Atas scooter

Tiba-tiba
Terlintas satu soalan
Dalam kepala aku

"Ayah aku dah meninggal ke?"

My point is,
Aku masih terkejut
Yang Ayah sudah tiada

Tuesday 15 November 2016

A.Y A.H

30 October 2016

Pagi-pagi lagi aku dah keluar
Aku nak pergi ride dekat Jasin
Ayah panggil, Adik kau nak pergi mana
Ohh Adik nak pergi UTEM
Nak main basikal
And he asked me to buy nasi lemak for breakfast
Sebab sepupu aku sekeluarga stay rumah masa tu
Aku ni nak cepat, so macam buat kerja tu tak ikhlas sikit
Aku sampai rumah, letak nasi lemak, salam-salam dan terus keluar
Tengahari ayah pergi ke Muar
Ada kenduri kahwin sedara disana
Sepatutnya aku yang bawak ayah ke sana
Tapi aku lebihkan nak lepak bersukan
Dan bukan nya nak ber-family bonding
Lepas aku habis ride
Aku balik, mandi
Siap-siap nak pergi kerja


1600pm
Aku dapat call
Kakak tanya "aeh kau kat mana? "
Aku cakap nak gerak pergi kerja
Dia cakap "aeh kau tak baca whatsapp ke? Dah kau pergi bawak kawan kau sorang, bawah file rawatan ayah terus gerak ke Muar sekarang. Ayah collapse kat kedai makan. "
Aku terus call boss
"Boss, aku tak dapat masuk kerja petang ni. Ayah aku collapsed "
Dia suruh aku cool down dan apa-apa update kat dia.
Tengah aku siap nak keluar rumah
Makcik aku call
"Nabila awak kat mana? Acik kat rumah ni. Ayah dah takda Nabila" *menangis
Bila kau dengar berita tu
Jantung kau macam nak gugur
Sejuk terus badan
Weyh
Baru pagi tadi aku bercakap dengan ayah
Baru semalam aku masakkan telur kicap untuk ayah
And now he's gone
Aku keluar, alihkan kereta
Nampak makcik aku
Salam
Peluk
Dia menangis
Aku pun
Aku cakap
"Saya tak sempat nak minta maaf dekat ayah pun"*


*Kes minta maaf ni, few back days
Ayah marah-marah, since dia sakit 2 bulan sebelum dia meninggal
Hot tempered dia menjadi-jadi
Semua tak kena
Semua nak marah
Sampai aku dihalau keluar rumah
Sampaikan aku disuruh hantar ayah ke rumah orang-orang tua


Ok back to the story
Aku stay rumah
Kemas rumah
Tunggu jenazah
Maghrib baru jenazah sampai
Ayah kelihatan tenang je
Sejuk
No blood circulation
Kuning, pucat


31 October 2016

Hari kebumi
Masa mandikan ayah
Dekat dapur
Aku teringat masa 2 February 2015
Aku mandikan arwah mak disitu
Tak sampai 2 tahun
Satu lagi tubuh aku mandikan disitu
Masa kafan
Aku tak tahu kenapa
Masa mak aku meninggal
Abang-abang aku masih chill lagi
Mungkin mereka dah bersedia akan kehilangan mak
Sebab mak aku seminggu nazak dekat hospital
Tapi pemergian ayah ni sangat mengejutkan
In split second, kami tak expect yang ayah akan pergi secepat ni
Masa nak kafan tu
Adik-beradik aku semua tak boleh tahan sebak
Air mata berjurai
Adik-beradik ayah
Kawan-kawan ayah
Especially kawan komando VAT69 dia
Semua cium ayah dan menangis


Masa nak bawak ke surah untuk sembahyang jenazah
Aku tengok dekat luar rumah ada dalam anggaran 150 orang
Ayah dipikul sampai ke tanah perkeburun depan taman
Di escort oleh PDRM
Sedara mara semua ikut berjalan belakang jenazah
Ada la dalam 500meter dari rumah
Dalam 1 tahun 8 bulan jarak kematian emak dan ayah
Kubur mereka berjauhan sedikit
Dalam 10meter
Selesai

Kami pulang dulu Emak dan Ayah

Monday 17 October 2016

L.O.C.K

Amir cakap aku kuat
Amir cakap aku tabah
Amir gila
Amir tak nampak yang sebaliknya

Hurm. . .

Hidup ni terlalu singkat 
Bila kala kau sedar
Yang kau tak punya banyak masa dengan orang tua kau
Then kau all out nak buat yang terbaik

But sometimes
Kau tak berdaya
Mental down
Hati luluh bila apa yang kau buat 
Tak dapat nak puaskan hati orang tua kau
Dan paling teruk bila orang luar masuk campur
"Hey kenapa tak buat tu"
"Kenapa awak tak jaga betul-betul"
"Kenapa awak tak buat breakfast untuk ayah"
Hey Fuck Off!!

Engkau tak tahu apa yang aku struggle
Kau tak rasa bila satu hari
Sepuloh kali naik motor
Kehulu kehilir
Settle up all the things 
Chores
Be a mother
Be a father

Hahahahaha

Amir cakap aku gila
Amir cakap aku ni ketawa je
Amir cakap aku ni macam tak ada masalah
Amir adore aku

Terima Kasih

Tapi maaf lah
Tak semua aku reti nak share
Aku reti simpan
Dah lock
Kunci dah campak dalam laut


Tuesday 4 October 2016

W.O.N.D.E.R G.I.R.L

Hi there!! fuhhh, tough day aeh. tough day bila kau bangun pagi kau dengar kletang kletung dekat dapur dalam kepala "ohh ayah tengah masak" and then kau dengar ayah panggil pergi dekat dia and cakap "yes sir!!" haaa that moment...
aku tak pernah tengok ayah macam tu air liur meleleh belah kiri apa dia cakap? ohh dia suruh panas kan lauk and then kenapa badan dia menggigil dan dia nak bukak botol tangan kanan dia ok tapi tangan kiri dia macam tak fungsi sangat aku tanya lah "ayah ok?" haha soalan apa lah kan ye laa ayah aku suka bergurau aku ingat kan dia bergurau di pagi hari and then i just realized that the doctor said if ayah tak makan ubat cair darah tu dia kemungkinan akan dapat strok wow.. what a situation lah.
aku bawak ayah ke kerusi favorite dia dia cakap dia pening kepala belah kanan aku cakap "ha ok tunggu jap" i grabbed the phone and called my along "along, ayah macam kena strok"-crying along said "awak call ambulance"
ok ambulance datang ambil ayah dan bawa ke hospital
hey cerita belom habis haha
paling best, bila kau macam rider sebab kakak dekat ward kes dengue adik pulak tak boleh tinggal sorang pun sama dengue abang-abang semua KL haaa terkontang kating akak tau
hurm by the way
aku dapat banyak kata-kata semangat
my auntie said "kau ni kuat lah, kau sorang je tak sakit" hahaha dia tak tahu mental aku dah upside down ni badan pun dah kebah macam nak demam doa-doa kan lah agar aku tak jatuh sakit sebab siapa nak jaga ayam ayah aku tu?
my bff said bff sangat kau hahhaha "awak seperti boleh turn tragedy to comedy, seperti senyuman awak dibuat dari titanium, ringan dipasang, kukuh tak terpatah" amboi kau mentang-mentang lah aku pakai gigi besi
hurm thanks anyway!! much love xoxo
p/s: ayah is okay right now. alhamdulillah tangan dan kaki boleh gerak. ingatan okay. dan still bagi pesanan yang sama "tolong masukkan ayam ayah dalam reban" ok I'll do that tomorrow. adios!!



Wednesday 28 September 2016

R.A.N.G.G.A

This is Rangga Hahaha no lah, this is Evans Evans Budy Prakoso Kali pertama aku nampak dia,
Semasa dia bersama dengan teman-teman dari Indonesia.
Dalam ramai-ramai tu, Dia yang paling senyap. Tanya sepatah, Jawab sepatah. Satu malam, Selepas event tamat dengan jayanya Fuuhhh penat tahu?? Okay, balik ke topik utama. Aku dan lagi dua crew Bertanggungjawab membawa pulang
Sahabat-sahabat dari Indonesia. Setelah selesai loading 6 bmx ke dalam kereta, Dan kereta aku cuma kosong satu seat sahaja. Mereka semua gadaikan Evans, Untuk gerak sama aku. Semasa dalam kereta, Evans ni senyap saja. Aku pun tanya lah "Kamu memang pendiam ke? " Dan dia jawab "Aeh tidak lah, aku seorang yang banyak cakap.
Tapi dengan orang yang aku kenal.
Dan ada perkara yang aku suka perdebatkan,
Lalu aku banyak bicara.
Aku hanya cakap benda yang penting saja" Ni la kot ayat dia. Aku tak ingat lah. Hahahaha Start malam tu, Baru aku tahu Yang dia lagi banyak cakap dari aku.
Pandai pulak tu nak baca personality orang. Selepas aku hantar dia naik bas ke KLIA. Kerap pulak text. Yaa, dia memang banyak cakap. Hahaha Dear Evans, Ternyata kamu sangat baik orangnya. *FlatDev2016 24-25 September 2016 Melaka, Malaysia


Monday 19 September 2016

M.O.M.E.N.T

19 September 2016.

Hari ni penat dia lain macam. Dari pagi kena kesana kemari, long distance. Lepas tu lupa something and then kena patah balik. Lepas tu meter minyak scooter pulak main² kejap naik kejap turun. Yang aku pulak syok je bawak scooter tu sampai habis minyak. Tambah lagi marathon ke petrol pump sambil tolak scooter tengah² panas tu. Panas hati aku. Lepas tu pergi hospital pulak, abang masuk ward sebab sama. Dengue. Jahat dengue ni tau. Maghrib pulak kena masukkan ayam ayah dalam reban. Ayam² dia pulak tak nak kalah, degil yang amat. Dah maghrib kan,masuk le dalam reban tu. Nak merayau lagi apehal. Dekat hospital pulak dari ward abang ke ward ayah. Lepas tu fulfill request mereka yang nak itu ini. Ulang alik ward ke ward. ðŸ˜­ nak shoulder. Tired like bulls

This moment. 

When you need someone
But there's no one
And you feel like
"ohh is okay, im okay".

Actually, there's someone
Outhere...
But...


Saturday 20 August 2016

K.O.S.O.N.G

Aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang ni
Entah punya rasa atau tidak
Aku sendiri tak tahu
Aku cuba baca apa yang aku nak
Tapi tak boleh
Besar betul impak yang kau beri dalam kehidupan aku
Sampaikan aku rasa diri aku ni kosong
Kosong seperti hard disk yang sudah rosak
Nak terima data tak boleh
Dan nak buka data pun tak boleh
Sedangkan data tu ada dalam hard disk
Aeh bodoh je
Hidup ni memang kelakar
Tapi macam sial jugak

Kosong

Thursday 11 August 2016

U.N.S.P.O.K.E.N

Am I crazy?
Yes or No?
.
.
.
.

Yes I am
Crazy on you
The way you talk to me
The way you looked at me 
The way you concerned about me

But all this shit are gone already
Gone baby gone
You disappeared and leave me all alone
Like some phrase in Holy Grail
" And baby
It's amazing I'm in this maze with you
I just can't crack your code
One day you screaming you love me loud
The next day you're so cold
One day you here, one day you there
One day you care, you're so unfair
Sipping from the cup 'till it runneth over
Holy Grail"

You don't care you never did
You don't give a damn about me
It was so painful 
When I'm waiting for an answer like fool
You keep silence as silence in a cave
You don't know how much i need someone to talk with

Unspoken




Monday 4 July 2016

S.T.R.A.N.G.E.R

Yang asing
Ya, kau yang asing
Yes you are.

Aku punya banyak kenalan
Yang rapat
Yang biasa-biasa
Yang di alam maya
Dan yang di luar sana

Aku seorang yang kuat pendam rasa
Segala rasa terbuku aku simpan
Sakit
Ada kala mahu ceritakan sahaja bersama teman
Tapi aku juga seorang pemerhati
Tak semua rakan aku mahu mendengar cerita
Dan jikalau ada yang mahu
Aku pula sebaliknya

Mungkin susah untuk mengenali orang seperti aku
Dan aku pula susah untuk berkongsi akan sesuatu hal 
Bersama orang sebarangan

Mungkin kau nampak aku kasar
Acah-acah punk
Yang sebetulnya, aku tak tahu apa itu konsep punk
Banyak perkara yang aku mahu share
But I've no strength to share it with someone

Terlalu sukar untuk aku menerima seseorang dalam hidup aku
Mungkin kisah lama mengajar aku untuk lebih berhati-hati

Dan aku pula kini menjadi terlalu terbuka
Terlalu lancang memaki hamun
But this is not me
Bukan seorang yang selalu menggunakan kata-kata kesat
Tapi ini cara yang aku gunakan sekarang untuk mengenali orang luar

Satu pesan,
Jika kehadiran aku menghiburkan
Buat kau rasa selesa
Buat kau rasa dah lama kenal

Please stay,
Mungkin apa yang kau rasa itu
Sama seperti apa yang aku rasa
SELESA
Selesa seperti Rumah.

Tuesday 12 January 2016

F.O.R.G.I.V.E & F.O.R.G.E.T

There's a few things that you need to let go.

1st, your past.
The past that make your heart feel so uneasy.
The past that break your heart.
The past that cannot be replace by others.

1st thing we need to do is
Forgive and Forget.
If we not,
We'll be unhappy forever.

Why we need to forgive?
Because, we need to be fair.
We already do our part
To forgive.
But if they refuse.
Its ok, our part is done.

Why we need to forget? 
Because they're useless to be remembered. 
If we're always think about it.
There's a question mark that always fools around your mind.

Idiot.

Why we need to think about them while they're having fun out there.
Useless.

They're nor humans, animals or aliens as well.
They're nothing.
Has no feeling.
Selfish.
Cold hearted.

We need to stand up straight
And moving forward.

Monday 11 January 2016

S.H.A.D.E

Something we all need to remember
Sometimes holding on
Does more damage
Then letting go.
Like you
Put on shade
But your eyes already red
Loving someone like hell
But you don't know that she's/he's parasites
The simply way to cover our depression is
Put on shade
Headphones
Switch on music
And walk like you didn't see anyone else
But sometimes we need to get
A better social life.

Sunday 10 January 2016

M.I.S.S .Y.O.U


I know you're somewhere out there
Somewhere far away
I want you back
I want you back
My neighbors think I'm crazy
But they don't understand
You're all I had
You're all I had

At night when the stars light up my room
I sit by myself talking to the moon.
Trying to get to you
In hopes you're on the other side talking to me too.
Or am I a fool who sits alone talking to the moon?

At night when the stars light up my room
I sit by myself talking to the moon.
Trying to get to you
In hopes you're on the other side talking to me too.
Or am I a fool who sits alone talking to the moon?


Still trying to get to you
In hopes you're on the other side talking to me too
Or am I a fool who sits alone talking to the moon?

I know you're somewhere out there
Somewhere far away

*ini adalah beberapa rangkap lagu bruno mars

TALKING TO THE MOON

today is my birthday, and i feel so alone.
sebelum ni every year aku dapat kiss dari mak
tapi tahun ni ucapan pun takda.
adik rindu mak

adik ingat lagi 
adik yang terakhir mak tengok mak
1 minggu adik jaga mak dekat hospital
sebelum ni mak masuk ward yang boleh orang datang melawat.
tapi last ward mak adalah ward untuk orang nazak.
terima kasih dekat kak yah. beruntung mak dapat menantu doktor.
boleh dapat bilik perseorangan, even ward orang tenat, 
tapi still orang boleh datang melawat 
they came to you to say the last goodbye

seminggu jugak adik tidur sebelah ayah dekat atas lantai
jaga mak dekat hospital. even ada nurse and doktor and me.
ayah still nak tidur jaga mak dekat hospital.
cause i know, since 15 years ago. 
both of you didnt sleep together.
and i know, ayah wont leave you alone for the last time.

last day masa mak masih sedar.
masa tu adik nak pergi kerja.
mak batuk-batuk, i know you want my attention.
tapi kenapa mak marah adik depan nurse depan doktor,
im sorry mak, adik tak patut merajuk dan 
terus tinggalkan mak sorang-sorang dekat ward
terus pergi kerja. 
i dont know that was our last conversation.

masa adik kat tempat kerja, 
ayah call, cakap mak tak lama dah.
adik terus cakap dengan manager yang adik nak cuti lama.
adik nak jaga mak dekat hospital.
4 hari mak koma. 
tapi doktor cakap condition mak semakin ok.
hari keempat jugak mak sedar.
tapi mak tak oleh cakap.
mak just boleh dengar, faham and angguk kepala.
sometimes mak menangis.

peoples comes and go.
day by day. on 7th day you're awake.
that was your last day alive.

pagi tu adik bangun pagi,
masa adik nak balik rumah untuk mandi.
mak senyap je. biasanya mak akan angkat tangan panggil adik.
tapi gerak mata pun mak malas.
adik ingat mak penat. so adik gerak balik.
tengahari adik masuk balik.
tapi mak still sama. tak gerak lansung. 
mak tidur. lama adik tunggu mak bangun.
tapi mak tak bangun.
masa tu baru adik sedar.
allah pinjamkan mak sehari je untuk kami 
mintak maaf, berbual dengan untuk kali terakhir.

tapi masa tu adik beradik mak semua baru je gerak balik KL.
anak-anak mak penuh dalam bilik, baca yasin
teman mak. family lain semua stay. kawan-kawan kami.
diorang semua teman kami.
until 11pm. anak-anak mak one by one balik rumah. 
termasuk ayah. mungkin diorang ingat masih ada esok untuk jumpa mak.
paling last, kakcik. adik tahu semua penat.
but why tinggal kan adik sorang-sorang. 
because Im the 1st who know that you're gone.

mak tak tahu betapa beratnya adik nak bercakap
dengan yang lain, nak beritahu yang mak dah takda.
adik baru keluar sekejap sebab doktor suruh keluar.
dan kemudian doktor suruh masuk. masa tu muka mak ditutup dengan selimut,
itu moment yang paling tak kuat nak hadap.
dalam banyak-banyak anak mak. muka kakcik paling tak boleh lupa. 
sebab saat dia pergi je, masa tu jugak mak habis.
adik tahu dia kecewa, tapi adik tak mampu nak peluk dia.
sebab adik pun ada ego sendiri, 
masing-masing ego tinggi.
tapi kalah bila tengok jasad mak terkujur dekat atas katil.

mak, adik rindu.
sangat-sangat rindukan mak. 
i promise to you that i'll take care of ayah.
love you, and thank you sebab lahirkan adik on
 10:45am 10 january 1992 at hospital besar ipoh perak.





Friday 8 January 2016

A.Y.A.H

Selamat hari lahir ayah. Semoga ayah dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan sihat selalu. Ayah la lelaki yang paling kuat, terima kasih kerana membesarkan 7 orang anak dengan berjaya. Terima kasih sebab ayah jadi emak kepada kami selama hampir setahun selepas pemergian emak tahun lepas. Terima kasih sebab sabar melayan kerenah adik dari kecik sampai besar. Ayah tahu apa yang adik boleh dan tak boleh makan. Terima kasih kerana masih layan adik dengan baik sebab adiklah satu-satunya anak ayah yang selalu buat ayah sakit jantung. You're my unsung hero. Tiada siapa tahu bakti ayah terhadap negara pada masa dahulu. Ayah lawan komunis. Back to 1992, masa adik baru lahir. Ayah jatuh payung terjun, beribu batu dari udara. Sampai koyak urat kaki. Perut pecah, jatung terus rosak. Tapi alhamdulillah sampai hari ni ayah masih kuat. Masih kuat untuk masak bagi kami adik beradik makan. Sorry ayah, sebab jarang teman ayah kat rumah. Adik tak boleh duduk kat rumah lama². Haha love you ayah. Muah. Xoxo

5 January

O.N.Y.E.T

My dear Onyet.
When the first time i saw you.
I thought you're Portuguese.
But I was wrong.
You're nyonya bukit from Merlimau.
That's why you're so Kahau.

Hahahahahaha

Ok
Our first conversation
You said your name is Joyce
But what I heard is rejoice
After that, we do our own business.

Few months or year later
We start to hang over together
Enjoyed our live like tomorrow never come.
That time i thought you're real bestfriend that I'll kept forever.

Day by day
Years by years

Your friends is my friends
My friends is your friends

I know,
Sometimes we're having a very bad conversation.
Misunderstood.
And so many things.

We lost
We fought like hell
Like cat and dog
Like our good memory are non valuable
Like you and I are an enemy

You and I are so silent
Like a cave without human
Like a space without star and planet
Like a zoo without animals

Hurmmm

I miss you damn much
I try to text, but my ego was so damn high
But its ok.
as long as i love you.
I text you
I want you back,
Be my sister again.

And then we're good again
But have a little bit awkward
Because we just have a big fought.

Months by months
We're truly like sister with different mother and different father.

Dear Joyce
No matter what happen to us.
I'll always be by your side
And so do you.

Thats all
Love you Onyet
Xoxo

Thursday 7 January 2016

M.O.V.E O.N

Last night,  you shared your favorite song to me.
And today i hear the song again.
And this is my review.
Read phase by phase.
And i want you to understand,
you need to move on.

All I Want - Kodaline

Phase 1
All i want is nothing more
To hear you knocking at my door
Cause if i could see your face, once more
I could die a happy man I'm sure

* Aku tahu kau sedih, koyak habis. Bro, jangan mengharap sesuatu yang tak akan atau mungkin akan terjadi tapi tak tahu bila. Kau ibarat pungguk rindukan bulan. Kadang-kadang kita kena jadi keras untuk jaga hati kita, sebab takda siapa boleh jaga hati kau melainkan diri kau sendiri.

Phase 2
When you said your last goodbye
I died a little bit inside
I lay in tears in bed all night
Alone without you by my side

*Memang ucapan selamat tinggal or "sorry goodbye" yang diucap oleh orang yang kita sayang boleh buat kita separuh mati. Aku tahu sakit. Tapi dia bukan pergi mati ke apa. Dia dah buat pilihan dia. Dan yang buat kau sakit tu ialah pilihan dia bukan kau. Come on.... back to reality bro. Kau memang akan menangis sorang-sorang dalam bilik atau dengan family dan kawan-kawan rapat kau, yang nampak keikhlasan kau faham kau. Tapi bukan dia. Dia tak rasa apa pun. Sebab dia tak fikir. Aku tahu, kau rasa sunyi sebab baru lost separuh diri kau. Its okay... biar sakit sekarang, jangan sakit kemudian hari. Kawan-kawan kan ada untuk kau. Family lagi lah hari-hari hadap muka kau. Cheer la sikit.

Phase 3
But if you loved me
Why'd you leave me?
Take my body
Take my body
All i want is
And all need is
To find somebody
I'll find somebody
Like you

*Kalau dia sayang kau. Even dia yang buat salah. Dia sendiri akan datang cari kau, bukan kau yang cari dia. Dia dah memang tak nak kau. That's why she leave you all alone. She won't bring you together to begin a new life or new chapter. Because she didn't see any future to live together with you. And you, if you want to begin a new life with a new girl. Please, don't find somebody exactly like her. Poor the new girl, because she will never be anything more than second best.

Phase 4
See you brought out the best of me
A part of me I've never seen
You took my soul and wiped it clean
Our love was made for movie screens.

*Mungkin banyak sangat kenangan manis kau dengan dia. Kau rasa life kau dengan dia tu sempurna je dulu. Kau rasa bila kau lepak dengan dia, sifat kau yang kau sendiri tak pernah expose, tapi kau boleh expose bila kau dgn dia. Kau rasa kau dengan dia ada chemistry. Tapi semua kenangan terindah tak pernah selamanya terindah. Kau kena let go. Lepaskan semuanya sekarang.

P/s: my dear brother, only one thing you need to do is just keep moving on. I'll be there by your side

P.A.T A.H S.A.Y.A.P

Hari ni aku agak terkejut, bila seorang sahabat.
Datang cari aku. I don't know why. 
Sebab dia bukan seorang yang 
suka-suka cari aku ajak lepak bagai. No.

Once aku tengok dia jalan pakai shade, 
masa tu aku dah dapat agak. 
Budak ni kemurungan ni. Tak pe lah. 
Let me cheer your day brothaaaaa...

Kita hidup memang sentiasa nak bahagia,
Tapi kena ingat, setiap bahagia itu pasti terselit sedikit derita.
Kau pun tahu, kita tak boleh terlalu mengejar dunia.
Sebab apa yang dikejar tak dapat, 
yang dikendong hilang sekelip mata.

Kisah kita sama, yang bezanya kau lama dan aku pulak sekejap.
Memang ye, hati kita hari-hari akan rasa tak sedap.
Tapi nak buat macam mana, dah ini yang kita kena hadap.

Kau jangan sedih, memang semua orang tahu hati kau pedih.
Tapi takkan kau nak terus kalah jatuh terduduk.
Kau patut bangkit, bukan terus tunduk.

Ingat, kau ada banyak kawan. Semua ni bukan lawan.
Kau boleh kongsi apa saja yang kau rasa nak kongsi.
Sebab kawan-kawan kau semua setia teman kau disisi.

Everybody love you. Jangan rasa diri kau seorang diri. 
There's are plenty people out there 
yang setia dengan kau 
even kau jatuh terduduk macam mana sekalipun.

Anggap je kau sedang mengembara kat dunia yang berliku. 
Perjalanan masih panjang. This is a great adventure you know. 
Once you achieve something great. You'll satisfied with yourself.

No matter what happen, I'll be there for you.