Tuesday 27 November 2012

G.A.D.I.S

engkau tak cantik
tapi kau menarik

engkau tak menawan
tapi kau budiman

engkau tak kelas
tapi kau ikhlas

kau kelam kabut
tapi jiwa kau lembut

#arachester

p/s: gansta paradise punya ayat

Saturday 24 November 2012

M.I.M.P.I R.I.N

hari yang cantik
aku membawa platun aku menjalankan misi
sebagai ketua aku berlagak
memberi araha yang entah tidak
menuju kejalan yang tegak

hey...!!!
jangan lalu sana. . .
ada bom...!!!

weyh...!!!
jangan lalu situ. . .
ada bom...!!!

penat. 

berehat.

bermula kembali
mencari jalan yang pasti
berpandukan kompas
yang entah mana paksi
bersama jiwa yang penuh konspirasi

bosan. 

dengan penuh alpa
aku terlupa
akan bahaya menimpa

bomb...!!!

arghhhh 
bodohnya kau
lalai...!!!
aku terpijak periuk api

tapi kenapa suasana yang sepatutnya panas
menjadi sejuk...
ohh bukan periuk api
tapi lutut si ririn
mimpi rupanya.

#arachester

p/s: sumpah aku tidur dah basuh kaki. hhehehe

S.E.R.E.M.B.A.N

seremban
sebuah kota
punya banyak kereta
jalan sesak tak kira masa

seremban
sebuah kota
punya malam yang biasa
senyap sunyi orangnya tiada

#arachester

p/s: semalam aku di seremban

# .K.A.N.V.A.S H.I.T.A.M

Kanvas Hitam
Kanvas Hitam
Kanvas Hitam

kenapa kanvas hitam 
itu kau sisihkan
sedangkan segala sisi hitam 
kau dia lenyapkan

kenapa kanvas putih 
itu kau agungkan
sedangkan ia menonjolkan 
kejahatanmu

kenapa kanvas hitam 
itu kau maki sumpah seranah
sedangkan dia menutup 
jahat kau yang busuk lagi bernanah

kenapa kanvas putih 
itu yang kau angkat
sedangkan dia sudah berlapis lapis
tutup pekungnya dengan lapisan putih 
sehingga jadi berat

#arachester

p/s: nasib si kanvas hitam

Thursday 22 November 2012

# .K.A.N.V.A.S P.U.T.I.H

Kanvas Putih
yang dimiliki setiap insan
untuk dicoret kan setiap kenangan
supaya diselami setiap insan
agar tidak alpa dan ketinggalan

Kanvas Putih
disini ia dicalit dengan pelbagai warna minyak
disana pula tercalit dengan darah yang banyak
jika kau mewarna dengan berus dan kayu
mereka pula mewarna dengan senjata dan batu

bezanya kita...

Kanvas Putih
tiada corak yang indah selain kita yang mengindahkanya
tiada warna cantik jika kita yang mewarnakanya
itu lah amanah yang diberikan kepada ibu bapa
untuk melahirkan insan berguna

Kanvas Putih
jika kau ingin memerintah bumi
lakukannya dengan seikhlas hati
kerana sekeping amanah telah diberi
untuk kau mencorakkan dengan dengan pelbagai warna agar berseri
jika hanya merah. kuning. biru. hijau sahaja. sudahlah
baik kau pergi mati.

bezanya kita...

#arachester

p/s: gua melayankan hashtag #KanvasPutih ni. 





Thursday 8 November 2012

B.L.A.H

bermadah bukan main
dan akhirnya membawa padah
habislah kau musnah
dengan usia dimamah
lalu lemah jatuh ke tanah
BLAH

#arachester

p/s: malam jumaat yang menyeramkan sebab RESULT

Monday 5 November 2012

M & B

petang diselimuti malam
malam yang muda semakin membesar menunggu tua
untuk dijemput sang siang
untuk memberi hari seterusnya kepada umat

#arachester

H.U.J.A.N

senyap. sepi. sayu
itu aku sang perindu
saat hujan membasahi bumi
aku disini masih berdiri

berada di tengah tengah kota
aku terleka sementara
mengamati titik titik hujan
yang kini hampir membanjiri jalan

aku tak lari
tidak berteduh
masih disitu 
sendirian
kosong

pakaian basah.
sejuk
adakah ini nikmat hujan?
mungkin

aku masih disini
menikmati titisan hujan 
yang mengalir ditubuh
menari 
mengikut alunan deruman hujan itu
nyaman

sedang aku bergembira
menari bersama
hujan itu berhenti
adakah dia mati?
tidak
hujan itu berlalu pergi
meninggalkan aku disini

aku
masih disini
menunggu. menunggu. dan menunggu
tapi hujan tetap tidak datang kepada aku
senyap. sepi. sunyi
aku kini kembali 
menjadi sang perindu 
yang merindui hujan 

#arachester

p/s: nikmat gembira yang sementara. sadis


Sunday 4 November 2012

P.U.L.A.U B.A.Y.A.N.G

pulau bayang
ada satu pulau yang dinamakan pulau bayang
dimana pulau ni sangat cantik dan hanya ada bayang
satu hari, terdapat seorang gadis memasuki pulau tersebut
dan ia cuma ada dia dan bayang
dia rasa sunyi. dan sunyi. dan sunyi. . .
kerana tiada siapa yang bercakap dengan dia
kerana semua nya bayang
lama kelamaan, dia bersendirian
termenung. pandang sesuatu yang kosong
lalu di sebuah lorong yang lohong
gelap. senyap. sepi. sunyi
s.u.n.y.i

#arachester

p/s: aku dan bilik gelap 

Thursday 1 November 2012

T.R.A.U.M.A


sang suria pagi. indah tak terbahagi
bangun menuju ke tandas. gosok gigi
tengok cermin sambil mengkaji diri
rasa tak kena gundah gulana dihati

matahari terik cantik di atas
rasa bahang di hari yang sangat panas
tapi kenapa hati aku sekali rasa buas?
tetiba melenting tatkala terkena air tempias

sekalung arahan mejemput sang puteri di kota
manaiki motor putih bergelar kuda
mencelah selok belok di ibu kota
arghh jalan jem ada di mana saja

arahan kedua aku tolak tepi
hajat dihati mengambil sang puteri
sesampainya aku sang puteri sedang berlari
muka tersenyum girang dihati

arahan kedua akan ku laksanakan
sambil penuhi hajat tersimpan
hajat sang puteri yang lama diangankan
ingin merasa air sprite sejuk di tangan

cuaca panas lagi mendatang kan marah
jalan penuh serangga bermotor di bangunan merah
sudah habis peluh aku perah
mencari jalan pintas menuju arah

rasa khayal penuh di kepala
mahu lekas sampai kesana
aku lupa banyaknya kereta
nekad fikiran aku redah jua

celik mata rasa panas
rupa rupa nya aku di bawah bas
tercari cari sang puteri yang cergas
arghh tidak. kenapa kau yang terkandas

hati terkedu melihat sang puteri
tak menangis tapi menahan diri
terlihat darah disana sini
kenapa dia tapi bukan diri ini?

fikiran melayang memikirkan sesuatu
adakah sang puteri ini akan benci aku
sambil memangku aku berbisik sesuatu
mengucap sayang wahai adinda ku yang satu

#ara chester

p/s: kisah aku. adik. kemalangan. bangunan merah. melaka