Thursday 22 November 2012

# .K.A.N.V.A.S P.U.T.I.H

Kanvas Putih
yang dimiliki setiap insan
untuk dicoret kan setiap kenangan
supaya diselami setiap insan
agar tidak alpa dan ketinggalan

Kanvas Putih
disini ia dicalit dengan pelbagai warna minyak
disana pula tercalit dengan darah yang banyak
jika kau mewarna dengan berus dan kayu
mereka pula mewarna dengan senjata dan batu

bezanya kita...

Kanvas Putih
tiada corak yang indah selain kita yang mengindahkanya
tiada warna cantik jika kita yang mewarnakanya
itu lah amanah yang diberikan kepada ibu bapa
untuk melahirkan insan berguna

Kanvas Putih
jika kau ingin memerintah bumi
lakukannya dengan seikhlas hati
kerana sekeping amanah telah diberi
untuk kau mencorakkan dengan dengan pelbagai warna agar berseri
jika hanya merah. kuning. biru. hijau sahaja. sudahlah
baik kau pergi mati.

bezanya kita...

#arachester

p/s: gua melayankan hashtag #KanvasPutih ni. 





No comments:

Post a Comment