Thursday 18 October 2012

A.K.U S.I K.U.F.U.R

hai si kufur
anak jalanan inginkan mak
tapi kau buang mak
anak jalanan ingin kan ayah
kau tendang si ayah

ape kau lupa tangan penuh urat itu bagi kau duit
ape kau lupa perut yang dah pecah pecah tu besarkan kau
pernah kau perhatikan mata bundar si ayah?
pernah kau perhatikan tapak tangan si emak yang hampir hilang coraknya?

tidak.
kau hanya nampak betapa indahnya rupa pasangan kau
kau nampak betapa setianya pasangan bersama kau
kau mengimpikan mahligai indah bersama pasangan kau
tapi kau kufur....!!!
kau lenyapkan segala memori di segenap dimensi antara keluarga dengan kau

bodoh.
bukan kau tahu bahawa dia itu pasangan kau
dalam dunia ni
kita menanti kan yang cantik
padahal untuk kita hanya la buruk
tapi yang buruk itu lah yang paling cantik
bukan dimata kau
tapi dimata DIA

kau kufur...
kau biarkan ayah sia sia kan peluh nya
kau biarkan mak gadaikan tangan yang mulus 
semata mata nak masak kan kau

akhirnya
rumah yang penuh dengan jiwa tua kau tempatkan nya
tepi jalan kau biarkan dia

ingat lah
bukan semua orang akan bersama kita
mak ayah yang sentiasa disisi kita

jiwa tua yang kau pijak sentiasa mendoakan kan kau
badan lesu yang tak bermaya mengerah keringat untuk kau
hanya kau
kau
kau
kau
kau la harta mereka
ingat lah
takkan ada kau di dunia 
kalau bukan kerana mereka

#arachester

No comments:

Post a Comment