Thursday 18 October 2012

S.A.N.G P.U.T.E.R.I

puteri
yang disanjung tinggi
dikelilingi banyak duri
dunianya selalu dimanipulasi
mencari titik arah paksi
untuk hidup bebas berdiri

puteri
dikau yang selalu dijaga
untuk pandu sebuah negara
disamping seorang raja
menjadi peneman sehingga ke syurga

puteri
perjalan hidup telah diatur
seperti boneka dan karikatur
orang makan padi kau makan telur
kau kenyang disana, disini kami kebulur


puteri
hari hari kau mengayuh
demi mencapai kehidupan menyeluruh
tapi kau harus patuh
kerana kau sudah miliki apa yang orang butuh
maka segala niat kau akan tertangguh


puteri
disaat orang bermimpi
kau telah pergi
membawa badan empunya diri
mencari dunia yang pasti
insyaallah kau akan berjaya satu hari nanti
amin. . . . . 

#arachester





No comments:

Post a Comment