Friday 8 January 2016

A.Y.A.H

Selamat hari lahir ayah. Semoga ayah dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan sihat selalu. Ayah la lelaki yang paling kuat, terima kasih kerana membesarkan 7 orang anak dengan berjaya. Terima kasih sebab ayah jadi emak kepada kami selama hampir setahun selepas pemergian emak tahun lepas. Terima kasih sebab sabar melayan kerenah adik dari kecik sampai besar. Ayah tahu apa yang adik boleh dan tak boleh makan. Terima kasih kerana masih layan adik dengan baik sebab adiklah satu-satunya anak ayah yang selalu buat ayah sakit jantung. You're my unsung hero. Tiada siapa tahu bakti ayah terhadap negara pada masa dahulu. Ayah lawan komunis. Back to 1992, masa adik baru lahir. Ayah jatuh payung terjun, beribu batu dari udara. Sampai koyak urat kaki. Perut pecah, jatung terus rosak. Tapi alhamdulillah sampai hari ni ayah masih kuat. Masih kuat untuk masak bagi kami adik beradik makan. Sorry ayah, sebab jarang teman ayah kat rumah. Adik tak boleh duduk kat rumah lama². Haha love you ayah. Muah. Xoxo

5 January

No comments:

Post a Comment